17 Januari 2023-Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Shah telah berkenan berangkat menyempurnakan MAJLIS PECAH TANAH PERUMAHAN LAHAT ECO-CITY pagi tadi. Ia turut dihadiri oleh YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Perak dan Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh.
MYSUCCESSLAND SDN BHD adalah syarikat pemaju tempatan yang membangun dan memajukan sebuah perbandaran yang terletak di Bandar Lahat, Ipoh.
Pembangunan tersebut merupakan pembangunan Perumahan Kos Rendah dan Kos Serdehana.
Ia merupakan projek swasta kos rendah dan kos sederhana yang terbesar di Ipoh sejak 15 tahun dahulu.
Tanah seluas 82.53 ekar yang dimiliki oleh pihak pemaju dicadangkan untuk dibina 1,465 unit hartanah kos rendah dan kos sederhana sahaja yang memberi manfaat kepada wargakota Ipoh dan golongan berpendapatan rendah.
Ia melibatkan sejumlah 392 unit rumah pangsa kos rendah, 404 unit rumah pangsa kos sederhana dan 669 unit rumah teres setingkat kos sederhana.
Kerjasama pihak pemaju dengan MBI akan meningkatkan taraf hidup gologan berpendapatan rendah dan memberi peluang dan keutamaan untuk mereka memiliki hartanah kos rendah.
Pada 5 September 2022, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pihak pemaju dengan MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI) telah diadakan untuk memberi komitmen dan keutamaan kepada anggota MBI yang berpangkat rendah untuk membeli dan memilik hartanah kos rendah.
Keutamaan kepada anggota MBI untuk membeli hartanah Kos Sederhana adalah sebagai penghargaan atas jasa mereka berkhidmat kepada wargakota Ipoh.
Kerjasama ini juga adalah untuk meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah serta meningkatkan kualiti perumahan kos rendah dan sederhana.
Ideologi “Satu keluarga, Satu rumah” adalah untuk meningkatkan kadar pemilikan rumah setiap golongan.
Pemilikan rumah kos rendah kepada golongan berpendapatan rendah juga dapat mengurangkan beban dari segi bayaran pembiayaan perumahan yang seterusnya akan meningkatkan ekonomi negeri Perak pada masa akan datang.
Majlis Pecah Tanah ini adalah permulaan ke arah merealisasikan ideologi tersebut dan berharap dengan kerjasama pihak kerajaan negeri, pihak syarikat boleh menyumbang semula kepada masyarakat dan rakyat negeri Perak pada masa akan datang.
Jangkaan Rumah Teres Kos Sederhana Fasa 1 akan dapat disiapkan pada suku keempat tahun 2024 manakala Rumah Pangsa Kos Rendah Fasa 2 pula akan disiapkan pada suku keempat tahun 2026.