Aktiviti & Berita

MAJLIS PENUTUP DAURAH HADIS MEGA PERINGKAT NEGERI PERAK 2026

Ipoh, 28 Jun 2026 — Majlis Penutup Daurah Hadis Mega Peringkat Negeri Perak 2026 telah berlangsung dengan jayanya hari ini di Masjid Sultan Idris Shah II, Masjid Negeri Perak.

Program yang berlangsung selama dua hari, bermula 27 hingga 28 Jun 2026, telah menghimpunkan para peserta, jemputan kehormat, penceramah serta wakil-wakil agensi berkaitan dalam usaha menyemarakkan budaya ilmu, khususnya penghayatan terhadap hadis Rasulullah SAW dalam kalangan masyarakat.

Majlis penutup tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Turut hadir ialah Yang Berbahagia Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.

Majlis turut menyaksikan sesi penyerahan ijazah kepada wakil peserta terpilih oleh tokoh dan penceramah jemputan. Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah menyerahkan ijazah kepada dua wakil peserta terpilih daripada kalangan Muqri.

Selain itu, penyerahan ijazah turut disempurnakan oleh Maulana Hussein kepada dua wakil peserta terpilih, Dr. Luqman kepada dua wakil peserta terpilih serta Baba Suyuti kepada dua wakil peserta terpilih.

Daurah Hadis Mega Peringkat Negeri Perak 2026 merupakan platform penting dalam memperkukuh kefahaman umat Islam terhadap ilmu hadis, di samping mempertautkan hubungan antara institusi agama, ilmuwan dan masyarakat umum.

Penganjuran program ini diharap dapat memberikan impak positif dalam usaha melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak mulia serta menjadikan sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

731787284 1408366427982540 8229970256356448096 N
731787926 1408366444649205 4166317103721846522 N
731823683 1408366621315854 4278225319837889062 N
731823911 1408366504649199 6246803975421076312 N
731969859 1408366607982522 1260075250357343096 N
732001552 1408366547982528 662183500302769736 N
731698037 1408366524649197 2077195819829868704 N
732036336 1408366557982527 3322815586978231871 N
734664432 1408366517982531 6139817504132062145 N
734685114 1408366601315856 7630535903967514750 N
734718572 1408366594649190 3021505991494157439 N
734747333 1408366647982518 1479568867276401256 N
734756310 1408366484649201 728227109929501644 N
734958363 1408366654649184 5009075234257056002 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 01/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6833398