Aktiviti & Berita

MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL BUDAYA MALAYSIA @ PERAK 2026

Ipoh, 27 Jun 2026 – Festival Budaya Malaysia @ Perak 2026 berlangsung meriah di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak bermula 25 hingga 28 Jun 2026 sebagai platform utama dalam mengetengahkan kepelbagaian seni, budaya dan warisan negara kepada masyarakat tempatan serta pengunjung luar.

Majlis perasmian festival pada hari ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Chiew Choon Man, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh serta tetamu kenamaan lain.

Dalam ucapan perasmiannya, YAB Dato’ Seri Saarani berkata, penganjuran Festival Budaya Malaysia berlangsung pada waktu yang amat tepat ketika negara sedang menggerakkan persiapan dan promosi bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menurut beliau, dengan lebih 100 aktiviti yang disusun sepanjang festival, penganjuran ini bukan sahaja memberi hiburan kepada masyarakat, malah turut menghidupkan ekonomi bandar menerusi pasaran produk usahawan, hasil seni dan karya tempatan.

“Inilah contoh bagaimana budaya mampu menjadi pemangkin pembangunan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,” katanya.

Festival Budaya Malaysia @ Perak 2026 menampilkan pelbagai elemen budaya dan warisan negara, termasuk persembahan seni, pameran kebudayaan, aktiviti komuniti serta pengisian yang mencerminkan identiti Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian kaum, tradisi dan warisan.

Penganjuran festival ini juga dilihat mampu memperkukuh peranan Perak sebagai destinasi pelancongan budaya yang berpotensi tinggi, selain menyokong usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 serta agenda pelancongan negara secara menyeluruh.

Untuk rekod, pada tahun 2025, Perak merekodkan lebih 10.4 juta pelancong domestik bermalam dan lebih 23.6 juta pelawat domestik secara keseluruhan.

Pencapaian ini membuktikan daya tarikan Perak sebagai antara destinasi pelancongan utama negara, khususnya dalam segmen budaya, warisan dan komuniti.

Festival ini diharap dapat terus menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa sektor pelancongan budaya, merancakkan ekonomi setempat serta memperkukuh apresiasi masyarakat terhadap khazanah seni dan warisan Malaysia.

731462182 1408030198016163 3434814099165640195 N
731495886 1408030168016166 5496059391182929507 N
731650979 1408030131349503 2295405990335757085 N
731726902 1408030101349506 1650312717310045463 N
731727078 1408030214682828 460292077394390547 N
731787276 1408030148016168 2186629806742018794 N
731843464 1408030271349489 6892834360540323496 N
731883695 1408030138016169 303376620158948481 N
734705917 1408030304682819 3102449719912072502 N
734846163 1408030251349491 1340846210474104785 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 01/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6833308