Sungai Siput, 30 Jun 2026 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Sekolah Menengah Agama Rakyat Orang Asli Nurul Hidayah di Kampung Kenang Baru, Jalong Tinggi, Sungai Siput (U), hari ini.
Keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak diiringi Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.
Majlis yang berlangsung di Padang Awam, Kampung Kenang Baru itu turut dihadiri YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Perak. Hadir sama, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.
Perasmian Sekolah Menengah Agama Rakyat Orang Asli Nurul Hidayah mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Perak dalam memperkukuh agenda pembangunan pendidikan, khususnya pendidikan agama kepada masyarakat Orang Asli di negeri ini.
Penubuhan sekolah tersebut diharap dapat menjadi wadah pendidikan yang berkesan dalam membentuk generasi Orang Asli yang berilmu, berakhlak mulia, berdaya saing serta mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negeri.