Aktiviti & Berita

MAJLIS RAMAH MESRA YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK BERSAMA DELEGASI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR

Ipoh, 14 Julai 2026 – Kerajaan Negeri Perak telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bersama delegasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Selangor di Pakeeza Restaurant & Catering, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Ipoh, malam ini.

Majlis berkenaan diadakan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh jaringan kerjasama antara pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor.

Pertemuan dalam suasana santai dan mesra itu turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, pengalaman serta amalan terbaik berkaitan pengurusan dan pembangunan perkhidmatan awam.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, bersama barisan kepimpinan kerajaan negeri, pegawai-pegawai kanan serta anggota delegasi SPA Negeri Selangor.

Kehadiran delegasi berkenaan mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan strategik antara agensi kerajaan negeri, di samping meningkatkan kecekapan, profesionalisme dan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Majlis Bandaraya Ipoh menyambut baik penganjuran program seumpama ini yang bukan sahaja mempererat hubungan antara negeri, malah berupaya mewujudkan kerjasama yang lebih progresif demi memperkasakan tadbir urus dan kecemerlangan perkhidmatan awam.

747038341 1422758423210007 5124253361531264317 N
747273811 1422758386543344 8347520296646844318 N
747753200 1422758443210005 5350878428560302877 N
747903103 1422758359876680 7567130332351149456 N
748592880 1422758393210010 934814987351845842 N
748845191 1422758353210014 4747177796216263139 N
749161590 1422758413210008 8684082300489219605 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 15/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6911547