Aktiviti & Berita

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H/2026M PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA IPOH

Ipoh, 10 Julai 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini telah menganjurkan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1448H/2026M Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh yang berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran, keinsafan dan penghayatan terhadap semangat hijrah.

Penganjuran majlis ini bertujuan menyemarakkan syiar Islam, memperkukuh penghayatan nilai-nilai murni serta mengeratkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan warga kerja MBI beragama Islam.

Majlis telah diserikan dengan ceramah khas sempena Maal Hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Muzakkir bin Rafie, Mudir Pusat Pengajian Pondok Moden Darussolehah.

Menerusi ceramah yang menekankan penghayatan semangat hijrah, beliau mengajak para hadirin menjadikan peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai sumber inspirasi dalam memperkukuh keimanan, meningkatkan integriti, memperbaiki diri serta membentuk sahsiah yang cemerlang dalam kehidupan dan perkhidmatan.

Kemuncak majlis turut menyaksikan pengisytiharan TPr. Dr. Haji Zulqarnain bin Mohamad sebagai Tokoh Maal Hijrah Majlis Bandaraya Ipoh Tahun 2026M/1448H.

Beliau merupakan mantan Ketua Sekretariat Ipoh Bandar Ekonomi Donat MBI dan kini menjawat jawatan sebagai Ketua Eksekutif Institut Darul Ridzuan. Pengiktirafan tersebut diberikan sebagai penghargaan terhadap sumbangan, kepimpinan, komitmen serta jasa beliau dalam pembangunan organisasi, masyarakat dan negeri Perak.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tuan A’zman bin Mohd Harun, Setiausaha Bandaraya Ipoh, mewakili YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh. Kehadiran beliau mencerminkan sokongan berterusan pihak pengurusan tertinggi MBI terhadap usaha memperkasa pengisian kerohanian dan ilmu agama dalam kalangan warga kerja.

Majlis Sambutan Maal Hijrah ini diharapkan dapat terus menyemai semangat penghijrahan dalam kalangan warga MBI agar sentiasa beriltizam melakukan perubahan ke arah yang lebih baik, bukan sahaja dalam kehidupan peribadi, malah dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Semangat hijrah tersebut diharap dapat melahirkan warga kerja yang berintegriti, berakhlak mulia, profesional dan komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, selaras dengan aspirasi Ipoh Bestari Sejahtera.

741820687 1418782810274235 556271940762989391 N
742446417 1418782813607568 6062551472464538109 N
742489760 1418782916940891 2456645907645128160 N
742737650 1418782836940899 8368228207566001745 N
742787067 1418782940274222 5893391171792795974 N
743276532 1418782946940888 250740834457286312 N
743294742 1418782910274225 2480516257286441974 N
743763224 1418782883607561 9027052793030431253 N
743763511 1418782843607565 7197110496589957002 N
745235914 1418782870274229 1531052974952255844 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 15/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6911548