Ipoh, 25 Julai 2026 – Dataran Bandaraya Ipoh malam ini diserikan dengan alunan muzik dan suasana penuh nostalgia menerusi penganjuran program “Malam Cerita Kita” oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Program yang berlangsung dari jam 8.30 malam hingga 11.00 malam itu telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh. Ia turut dihadiri oleh Ahli Majlis dan Ketua Jabatan MBI.
Acara berkenaan menampilkan persembahan muzik yang menghiburkan daripada Kumpulan Gema Warisan Budaya Majlis Bandaraya Ipoh, menerusi rangkaian lagu yang membawa pelbagai kisah, kenangan dan nilai kebersamaan.
“Malam Cerita Kita” dianjurkan sebagai wadah untuk menghimpunkan warga kota Ipoh dalam suasana santai, meriah dan mesra keluarga, di samping menyemarakkan kecintaan masyarakat terhadap seni muzik dan budaya tempatan.
Program ini turut memberi peluang kepada masyarakat untuk meluangkan masa berkualiti bersama ahli keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati suasana malam hujung minggu di tengah-tengah bandar raya Ipoh.
Penganjuran program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan MBI dalam memperbanyakkan aktiviti seni, budaya dan hiburan yang sihat serta inklusif untuk dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.
Pada masa yang sama, program ini turut menghidupkan Dataran Bandaraya Ipoh sebagai sebuah ruang awam yang aktif, ceria dan menjadi lokasi pertemuan serta interaksi komuniti.
MBI berharap program seumpama ini dapat terus memperkukuh hubungan dalam kalangan masyarakat, memeriahkan suasana bandar raya serta mencipta kenangan indah menerusi irama dan kisah yang menyatukan warga kota Ipoh.
#MalamCeritaKita #MBI #BandarayaIpoh #IpohCity #IpohBestariSejahtera #MalaysiaMADANI #PerakSejahtera #JomKeIpoh #VisitIpoh