Aktiviti & Berita

MBI PERKUKUH BUDAYA KERJA DIGITAL MENERUSI TAKLIMAT ICT SIRI 1/2026

Ipoh, 29 Oktober 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terus memperkukuh agenda pendigitalan organisasi menerusi Program Taklimat ICT Siri 1/2026 bertemakan “ICT@Work: Budaya Kerja Digital”.

Program yang melibatkan penyertaan lebih 50 orang anggota MBI itu, bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran warga kerja tentang kepentingan penggunaan teknologi digital dalam urusan kerja harian.

Taklimat ini disampaikan oleh Tuan Ts. Zolkefli bin Mohd Idris, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Bahagian Digital, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Program ini memberi penekanan terhadap pembudayaan kerja digital bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan MBI secara lebih sistematik dan berkesan, selaras dengan keperluan transformasi digital organisasi.

Program anjuran Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Khidmat Pengurusan MBI ini diharap dapat mendorong warga kerja mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam pelaksanaan tugas harian, sekali gus meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

WhatsApp Image 2026 10 29 At 150856
WhatsApp Image 2026 10 29 At 150907
WhatsApp Image 2026 10 29 At 150908
WhatsApp Image 2026 10 29 At 1509081111
WhatsApp Image 2026 10 29 At 15090911
WhatsApp Image 2026 10 29 At 150909p

mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 29/10/2026.
  • Jumlah Pelawat 7315697