Aktiviti & Berita

MESYUARAT AGUNG TRITAHUNAN KALI KE-8 ANULAE CAWANGAN MAJLIS BANDARAYA IPOH

Ipoh, 13 Julai 2026 – Mesyuarat Agung Tritahunan Kali Ke-8 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) Cawangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah berlangsung pada petang ini bertempat di Ipoh Convention Centre, Ipoh.

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Tuan A’zman bin Mohd Harun, Setiausaha Bandaraya, mewakili YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.

Turut hadir ialah Saudara Norman bin Taib, Setiausaha Agung ANULAE Semenanjung Malaysia; Saudari Rodiana binti Ridzuan, Pengerusi ANULAE Cawangan MBI; Saudara Mohd Asri bin Aris, Naib Pengerusi ANULAE Cawangan MBI; barisan Ahli Jawatankuasa serta ahli-ahli ANULAE Cawangan MBI.

Dalam ucapan perasmian, Tuan A’zman merakamkan penghargaan dan tahniah kepada ANULAE Cawangan MBI atas kejayaan menganjurkan mesyuarat agung tritahunan tersebut sebagai wadah penting untuk membincangkan hala tuju kesatuan, menjaga kebajikan ahli serta memperkukuh hubungan antara pekerja dengan pihak pengurusan.

Beliau berharap setiap aktiviti dan perancangan yang bakal dilaksanakan oleh ANULAE Cawangan MBI dapat memberi manfaat kepada ahli, di samping memperkasakan peranan kesatuan sebagai saluran yang berkesan dalam menyuarakan pandangan, cadangan dan kepentingan warga kerja.

Mesyuarat berkenaan turut menyaksikan seramai 27 orang Pegawai dan Ahli Jawatankuasa ANULAE Cawangan MBI bagi sesi 2026 hingga 2029 dipilih tanpa bertanding.

Pemilihan tersebut mencerminkan keyakinan ahli terhadap kepimpinan barisan berkenaan untuk terus menerajui kesatuan dengan penuh amanah, berintegriti dan bertanggungjawab.

Tuan A’zman turut menekankan bahawa hubungan erat antara ANULAE dengan pihak Pengurusan MBI amat penting dalam mewujudkan kesepaduan dan kesepakatan, khususnya dalam menangani sebarang isu yang melibatkan kebajikan serta kepentingan warga kerja.

Melalui platform seperti Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), pelbagai perkara berbangkit dapat dibincangkan dan diselesaikan secara musyawarah, harmoni dan berhemah.

Pihak Pengurusan MBI sentiasa menitikberatkan kebajikan pekerja menerusi pelbagai insentif dan kemudahan sebagai menghargai jasa, komitmen serta sumbangan warga kerja dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Selaras dengan pepatah, “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”, semangat kerjasama dan permuafakatan perlu terus diperkukuh dalam kalangan ahli bagi memastikan ANULAE Cawangan MBI kekal relevan, progresif serta mampu mencapai prestasi yang konsisten.

Beliau turut menyeru semua ahli supaya menghormati keputusan majoriti serta mengutamakan kepentingan bersama dalam setiap perancangan dan keputusan kesatuan.

Majlis Bandaraya Ipoh berharap Mesyuarat Agung Tritahunan Kali Ke-8 ini dapat mencapai matlamatnya serta menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program-program yang lebih berkesan demi kebajikan dan kemajuan seluruh ahli ANULAE Cawangan MBI.

745342158 1421977379954778 5994647699371777257 N
745644808 1421977349954781 4334059655951944332 N
745908329 1421977299954786 1261788913497385582 N
746164522 1421977329954783 189585151637685363 N
746919913 1421977363288113 5728677968810554372 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6906829