Aktiviti & Berita

PROGRAM KULIAH AGAMA BERSAMA YAB MENTERI BESAR PERAK SIRI 2/2026

Ipoh, 15 Jun 2026 — Program Kuliah Agama Bersama YAB Menteri Besar Perak Siri 2/2026 telah berlangsung di Masjid Sultan Idris Shah II, Masjid Negeri Perak, hari ini.

Program berkenaan diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Turut hadir ialah YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.

Kuliah agama pada kali ini telah disampaikan oleh YBhg. SF Dato’ Dr. Badli Shah bin Alauddin yang membawakan tajuk “Indahnya Hijrah”. Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti kuliah agama, solat Isyak berjemaah serta jamuan makan bersama para jemaah.

Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh penghayatan nilai-nilai Islam dalam kalangan masyarakat, di samping menjadi platform penyatuan ummah menerusi majlis ilmu yang bermanfaat.

Program ini turut mendapat sambutan menggalakkan daripada para jemaah dan masyarakat setempat, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam menyemarakkan budaya ilmu serta penghayatan agama di negeri Perak Darul Ridzuan.

722030822 1397644059054777 4915337067103687684 N
722268093 1397644075721442 3607949039676410585 N
723137091 1397643935721456 3132645045820936964 N
723838427 1397643965721453 480425912886159259 N
724419801 1397643999054783 132704919700535334 N
724539697 1397643982388118 3730919873781395134 N
724612820 1397644032388113 6104616418309189759 N
724869619 1397644012388115 4088627045059198002 N
725074063 1397644042388112 8243253840032257102 N
725198315 1397643949054788 7748998098003145361 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 16/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6776799