Ipoh, 24 Jun 2026 – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kinta, YB Muhamad Arafat Bin Varisai Mahamad telah turun padang (TURPA) ke beberapa lokasi di kawasan Tambun bagi meninjau permasalahan berkaitan pelbagai aduan yang telah dibangkitkan oleh penduduk setempat.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBhg. Clr. Ts. Marsalifh Imammim Bin Osman, Ahli Majlis MBI Zon 2, Pegawai- Pegawai Majlis Bandaraya Ipoh dan wakil-wakil penduduk.
Hasil pemantauan fizikal di lapangan mendapati beberapa permasalahan yang telah dikemukakan oleh penduduk, antaranya:
1. Isu mendapan jalan dan kerosakan struktur longkang di Taman Sri Tambun.
2. Isu kenderaan laju di jalan utama susur masuk ke Taman Sri Tambun.
3. Permohonan bonggol tambahan hadapan Sekolah Kebangsaan Tambun.
4. Permohonan turapan jalan di sepanjang Jalan Ampang, Tambun.
5. Isu banjir yang masih berlarutan di Hala Tambun Permai 8, Batu 4, Tambun.
Beberapa isu yang dikenal pasti akan disegerakan tindakan dan proses pelaksanaannya bagi memastikan keselesaan dan keselamatan oleh komuniti setempat.
Lawatan TURPA ini turut mencerminkan iltizam MBI dalam memastikan setiap aduan masyarakat diberi perhatian sewajarnya, di samping menyokong pembangunan bandaraya Ipoh yang sejahtera, selamat dan lestari.
MBI berharap agar setiap isu yang dibangkitkan dapat ditangani secara berperingkat melalui kerjasama erat semua pihak berkepentingan demi kesejahteraan dan keharmonian komuniti setempat.