Aktiviti & Berita

PROGRAM “DEKO PIKNIK” MERIAHKAN SAMBUTAN ULANG TAHUN BANDARAYA IPOH KALI KE-38

Ipoh, 2026 – Program “Deko Piknik” telah melabuhkan tirainya sebagai program terakhir yang diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Ipoh Kali Ke-38 Tahun 2026.

Program ini merupakan penganjuran tahun kedua yang dilaksanakan secara bersama oleh Unit Ukur Bahan & Perolehan, Unit Kerjasama Awam Swasta serta Sekretariat Ipoh Bandar Ekonomi Donat. Program tersebut telah berlangsung di Dataran Bandaraya Ipoh.

Program “Deko Piknik” menerima sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 30 orang peserta daripada pelbagai latar belakang warga kota.

Para peserta diberi masa selama dua jam, bermula jam 8.00 pagi, untuk menghias ruang berukuran 10 x 15 kaki persegi mengikut kreativiti masing-masing berteraskan tema “Boho Garden Picnic”.

Tema ini mengetengahkan beberapa elemen utama, iaitu:

i. Bohemian moden;

ii. Flora dan kehijauan;

iii. Susun atur santai dan estetik;

iv. Kreativiti bahan hiasan;

v. Elemen mesra keluarga dan rekreasi;

Seiring dengan visi Ipoh Bestari Sejahtera, para peserta turut digalakkan menggunakan bahan dekorasi yang kreatif, selamat, kemas serta mesra alam di sekitar kawasan program.

Penjurian telah dilaksanakan oleh tiga orang juri, termasuk seorang juri awam.

Barisan juri diketuai oleh Puan Faridah binti Abdul Aziz, Ketua Penolong Pengarah Korporat, Majlis Bandaraya Ipoh, bersama-sama Puan Anis Zulaikha binti Ahmad Kamal, Penolong Pengarah Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh, dan Cik Lau Zhen Huan, juri awam dari Sin Chew Daily.

Penilaian dibuat berdasarkan kepatuhan kepada tema, keceriaan, kreativiti serta kebersihan ruang hiasan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Clr. Puan Zuraidah binti Zakaria. Johan pertandingan, Roadway to Heaven, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.

Tempat kedua dimenangi oleh DecoByMakcik.Co dengan hadiah RM750, manakala tempat ketiga menjadi milik Khayra Florist yang menerima RM500.

Sementara itu, pemenang tempat keempat hingga kesepuluh masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200.

Sebagai tanda penghargaan kepada peserta dan penutup program, YBhg. Clr. Puan Zuraidah binti Zakaria turut melaksanakan cabutan bertuah, dengan hadiah istimewa dimenangi oleh Kumpulan D’Picnic Vibes.

Program ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil kreativiti warga kota, malah turut menggalakkan budaya rekreasi keluarga, penggunaan bahan hiasan mesra alam serta pengindahan ruang awam secara kreatif dan harmoni.

731787292 1409206267898556 2918102611174788086 N
732102694 1409206377898545 6873228617311232922 N
734664320 1409206424565207 9050968036755702318 N
734718600 1409206387898544 1342788324974065021 N
734719246 1409206327898550 9165836226054865502 N
734733691 1409206234565226 8808833974515565732 N
734748212 1409206357898547 5877762859697528177 N
734783739 1409206301231886 3377114219151124846 N
735552973 1409206481231868 1566462145137417475 N
735636608 1409206457898537 4354853083289997911 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 01/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6833280