Ipoh, 16 Jun 2026 – Jabatan Pelesenan, Majlis Bandaraya Ipoh telah mengadakan sesi taklimat penetapan akhir petak niaga sementara di Tapak Penjaja Taman Temara pada hari ini.
Sesi taklimat tersebut telah berlangsung pada jam 9.00 pagi bertempat di Tapak Penjaja Taman Temara dengan kehadiran seramai 23 orang peniaga daripada keseluruhan 33 orang peniaga yang terlibat.
Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Clr. Encik Ahmad Fariq Walit bin Ahmad, Ahli Majlis MBI. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Sharulnizam bin Jaafar, Pengarah Pelesenan MBI.
Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah Encik Ts. Ridza’uddin bin Mohd Radzi, Ketua Penolong Pengarah Kerja Awam, Encik Ahmad Basir bin Nor Azli, Penolong Pengarah Pelesenan, Puan Noraini binti Abu Bakar, Penguasa Kesihatan (Penjaja) serta Encik Mohd Norriduan bin Mohd Idrus, Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ipoh Timur.
Sesi taklimat ini bertujuan untuk memuktamadkan penetapan petak niaga sementara bagi para peniaga sebelum tapak penjaja baharu dibina oleh Jabatan Kerja Awam pada masa akan datang.
Selain itu, para peniaga turut dimaklumkan bahawa tarikh akhir permohonan petak niaga Tapak Penjaja Taman Temara adalah pada 19 Jun 2026.
Majlis Bandaraya Ipoh merakamkan penghargaan atas kerjasama semua peniaga yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang sesi taklimat berlangsung.
Sesi tersebut telah berjalan lancar dan kesemua peniaga yang hadir bersetuju dengan penetapan petak niaga Tapak Penjaja Taman Temara.