Aktiviti & Berita

2000 WARGAKOTA IPOH SERTAI IPOH LOW CARBON DAY SIRI KE-78

27 April 2025 - Seramai 2000 wargakota Ipoh telah menyertai Ipoh Low Carbon Day Siri ke-78 pagi ini. Program Low Carbon Day yang bertemakan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini telah dimeriahkan dengan Larian “War on Sugar 5KM Fun Run” anjuran bersama Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) dengan Majlis Bandaraya Ipoh.

Seramai 1000 peserta telah menyertai larian ini yang telah disempurnakan pelepasannya oleh Dr. Roniyuzam bin Abd Malek, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak (Perubatan) dan Tuan A'zman bin Mohd Harun, Pengarah Kanan-Teknikal MBI.

Program ini diadakan sebagai inisiatif untuk memperkukuhkan kesedaran awam tentang kepentingan aktiviti fizikal dalam usaha mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti obesiti, diabetes dan penyakit jantung. Selain itu, program ini juga menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, di samping menyokong kempen "War on Sugar".
Bertemakan “Have A Good Time! Be Active.”, WoPAD menekankan kepentingan keseronokan dalam aktiviti fizikal.

Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian kita.

JKNP ingin menggalakkan setiap individu, tanpa mengira umur untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada rutin harian. Tidak semestinya kita perlu ke gim atau menyertai sukan kompetitif; berjalan kaki, berkebun, menari, atau berbasikal pun sudah memadai asalkan kita bergerak.

Program ini turut mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri perak (JKNP) dalam usaha melahirkan rakyat Perak yang lebih sihat, aktif dan berpengetahuan. JKNP turut merancang untuk memperluaskan lagi inisiatif ini ke daerah lain melalui kerjasama rentas agensi dan penglibatan komuniti secara menyeluruh.

Program Ipoh Low Carbon Day kali ini turut diserikan dengan acara senamrobik, pameran kesihatan, saringan kesihatan percuma, saringan komposisi badan, saringan kecergasan, perkhidmatan pemeriksaan gigi percuma dan pelbagai aktiviti menarik lain.

Semoga penganjuran Ipoh Low Carbon Day ini akan membantu MBI untuk mencapai hasrat menjadikan Ipoh sebuah Bandaraya Bestari Sejahtera.

492561027 1067017355450784 7039718302605496270 N
492608350 1067017732117413 83706295323480815 N
492661451 1067017705450749 4443623161599897817 N
492729141 1067017692117417 6917664053541803487 N
493042044 1067017665450753 1145664611065222375 N
493262840 1067017498784103 2159500143958642139 N
493467740 1067017585450761 8759966881540281151 N
493533664 1067017745450745 1438073793779914419 N
493761905 1067017542117432 7416620926842945245 N
493817633 1067017398784113 1895734825959685864 N
493941935 1067017442117442 2416208836474703686 N
493953434 1067017515450768 1625917602203236813 N
494011949 1067017552117431 6367336233815149788 N
494061549 1067017622117424 1453033846272753 N
494087088 1067017388784114 2569776424865522582 N
494105750 1067017575450762 5088398024859830094 N
494113681 1067017762117410 665307885193706213 N
494150986 1067017425450777 4121583440955086645 N
494185822 1067017632117423 8560464257770988400 N
494199007 1067017652117421 2785117556097738915 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 30/04/2025.
  • Jumlah Pelawat 5642688