Aktiviti & Berita

AKTIVITI PERSAMPELAN MAKANAN DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA IPOH

10 Mac 2025 – Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menjalankan Aktiviti Persampelan Makanan sebagai langkah kawalan keselamatan makanan bagi memastikan makanan yang dijual kepada orang awam adalah bersih, selamat dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Persampelan ini dijalankan secara berkala mengikut jadual yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak, dengan pemilihan sampel makanan secara rawak di beberapa lokasi bazar Ramadan sekitar Ipoh. Sebanyak **enam (6) sampel makanan sedia dimakan** telah dihantar ke **Makmal Kesihatan Awam Ipoh** untuk dianalisis bagi memastikan pematuhan terhadap **Akta Makanan 1983** dan **Peraturan-Peraturan Makanan 1985**.

Sekiranya keputusan analisis menunjukkan pelanggaran piawaian keselamatan makanan, tindakan penguatkuasaan akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Majlis Bandaraya Ipoh akan terus mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan makanan sentiasa terjamin demi kesejahteraan pengguna.

482196261 1029908685828318 3156517440380555548 N
482202350 1029908599161660 8098759335469437550 N
482344282 1029908515828335 5365735679207115601 N
482349463 1029908539161666 4030349224794421510 N
483951447 1029908609161659 1144890473027315765 N
484035154 1029908662494987 5450094991075028810 N
484050693 1029908642494989 1596750085410640067 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/03/2025.
  • Jumlah Pelawat 5530429