Aktiviti & Berita

ANUGERAH MEDIA BANDARAYA IPOH 2024

10 Ogos 2023 - Majlis Bandaraya Ipoh dan Puncak Emas Infra Sdn. Bhd telah meraikan lebih 80 rakan media dalam Majlis Anugerah Media Bandaraya Ipoh 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh malam tadi.

Majlis yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh dan Puncak Emas Infra Sdn Bhd. ini mempunyai lapan anugerah iaitu Laporan Berita TV Terbaik, Laporan Khas TV Terbaik, Laporan Berita Terbaik, Rencana Terbaik, Jurufoto Terbaik, Juruvideo Terbaik, Wartawan Terbaik dan Anugerah Khas.

Anugerah Wartawan Terbaik telah dimenangi olen Nor Ain Abu Bakar dari RTM manakala Anugerah Khas telah diberikan kepada Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh kerana banyak membantu rakan media di Bandaraya Ipoh.

Majlis ini juga telah dimeriahkan dengan persembahan dari artis Hard Rock Cafe Ipoh.

Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Clr. Dato' Haji Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Y.Bhg. Clr. Dato' Ahmad Hariri bin Kamarudin, Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelancongan, Seni Budaya dan Warisan MBI, Encik Sayed Mohd Hesham Syed Idris, Presiden Persatuan Pengamal Media Perak, Encik Rosli Mansor, Presiden Kelab Sukan & Kebajikan Media Perak, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI dan Puncak Emas Infra Sdn. Bhd.

Semoga majlis ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan dengan rakan media serta menghargai mereka dalam pembangunan Bandaraya Ipoh.

IMG 20240811 WA0001
IMG 20240811 WA0002
IMG 20240811 WA0003
IMG 20240811 WA0004
IMG 20240811 WA0005
IMG 20240811 WA0006
IMG 20240811 WA0007
IMG 20240811 WA0008
IMG 20240811 WA0009
IMG 20240811 WA0010
IMG 20240811 WA0011
IMG 20240811 WA0012
IMG 20240811 WA0013
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 15/08/2024 | Jumlah Pelawat : 5103242