16 Mac 2025 - Chang Jiang White Coffee telah meraikan 120 anak yatim dan anak wargakota Ipoh B40 dalam Majlis Berbuka Puasa di Restoran Chang Jiang, People's Park Ipoh petang tadi.
Ia telah dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Encik Kong King Loong, Pengarah Urusan Chang Jiang White Coffee dan Puan Sam Foong, Pengarah Eksekutif Chang Jiang White Coffee.
Pada masa yang sama, Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Encik Kong King Loong, Pengarah Urusan Chang Jiang White Coffee dan Puan Sam Foong, Pengarah Eksekutif Chang Jiang White Coffee
telah menyampaikan sumbangan duit Raya kepada anak yatim dan anak wargakota Ipoh B40.
Semoga majlis ini akan menceriakan serta mengurangkan beban persiapan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri mereka.