21 November 2023-Y. Bhg Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Assoc Prof Dr. Wichai Kanchanasuwan, Timbalan Datuk Bandar Hatyai, Thailand dan Tuan Khairil Syahrial ST MAP, Ketua Komisi II DPR Acheh, Indonesia dan delegasi telah mengadakan lawatan ke SMK RPS pagi tadi.
Ia turut dihadiri oleh Clr. Encik Ahmad Khair Faizal bin Yahaya, Ahli Majlis MBI, Encik M.Raman, Pengarah Kesihatan MBI, Encik Mohd Syahrizal bin Azmi, Yang Dipertua PIBG SMK RPS, Puan Wiza Rozahrin binti Mohamed Radzi, Pengetua SMK RPS, wakil Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta.
Para delegasi lawatan telah diberi taklimat dan penerangan mengenai ekonomi kitaran dan e-waste.
Pada masa yang sama, delegasi lawatan turut menyaksikan persembahan dari pelajar SMK RPS serta dibawa melawat pameran dan sekitar SMK RPS.
Semoga lawatan tersebut akan membantu MBI merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera serta mencapai objektif di bawah IMT GT.\