Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR LANCAR PROGRAM ROAD TO VISIT MALAYSIA 2026: GREATER IPOH

28 Februari 2025 - Selaras dengan matlamat kerajaan menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2026. Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil inisiatif melancarkan Road to Visit Malaysia 2026:Greater Ipoh.

Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh pagi tadi.

Hadir sama pada program ini, Yang Berusaha Tuan Ahmad Suqairy bin Alias Yang Dipertua, Majlis Daerah Kampar Y. Bhg. Clr. Dato’ Haji Mazlan bin Abd. Rahman, Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis,
Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Encik Muhammad Aminuddin bin Abdul Majid, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia Negeri Perak dan Y.Bhg. Dato' Odzman bin Abd. Kadir, Pengerusi Persatuan Pelancongan Perak, Wakil YDP PBT Perak, Pengarah Kanan dan ketua jabatan MBI.

Perlaksanaan Road to Visit Malaysia 2026:Greater Ipoh melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti MBI, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Majlis Daerah Kampar dan Majlis Daerah Batu Gajah sebagai salah satu usaha yang dilakukan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta penggiat pelancongan untuk memastikan pembangunan serta promosi pelancongan pada tahun 2025 di kawasan Greater Ipoh terus berjalan lancar.

Penglibatan semua pihak dalam menjayakan industri pelancongan di Greater Ipoh dapat mempertingkatkan promosi pelancongan sedia ada sekali gus dapat menjadikan Kawasan Greater Ipoh sebagai satu destinasi pelancongan pilihan.

Pihak MBI merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Agensi-Agensi Kerajaan & Bukan Kerajaan serta penggiat pelancongan kerana telah berusaha menganjurkan program sempena Road to Visit Malaysia 2026:Greater Ipoh ini.

480533357 1022183099934210 1003000935957169348 N
480744763 1022183103267543 201843999895723024 N
480747953 1022182943267559 3752476067999228048 N
480812523 1022182969934223 4357686630379133538 N
480835753 1022183093267544 5891743902271384712 N
481142937 1022183186600868 6647629612469468226 N
481300524 1022182956600891 3393097660369917839 N

mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/03/2025.
  • Jumlah Pelawat 5530416