28 Februari 2025 - Majlis Bandaraya Ipoh telah mengaktifkan Skuad Ihsan MADANI dengan keanggotaan seramai 139 orang sukarelawan yang terdiri daripada pegawai dan anggota Majlis Bandaraya Ipoh.
Majlis pelancaran Skuad Ihsan MADANI MBI telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh.
Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Clr. Dato' Haji Mazlan bin Abd. Rahman, Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis, Ahli Majlis, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.
Skuad Ihsan MADANI adalah bukti komitmen MBI dalam memupuk semangat kesukarelawanan, solidariti, dan empati dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada wargakota Ipoh khususnya mangsa pasca bencana.
Selain itu, pasukan ini juga sebagai medium untuk mendekati wargakota Ipoh secara langsung dan menawarkan kerjasama dan bantuan dengan lebih efisien dan menyeluruh khususnya kepada mangsa pasca bencana.