Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR RASMI PERAK TOURISM INTERNATIONAL INVITATION TAEKWON-DO CHAMPIONSHIP 2024

22 Jun 2024 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Perak Tourism International Invitation Taekwon-do Championship 2024 di Arena Badminton Perak pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Datuk Haji Mohd Odzman bin Abd Kadir, President Perak Tourism Association Merangkap Pengerusi Pengelola, Grandmaster Najmi bin Abdullah, President Taekwondo Federation, Y.Bhg.Dato’ Mohd Kamil bin Dato’ Shafie, Pengerusi Lembaga Pengarah Tourism, Perak dan Master Yong Kin Chong, President Persatuan Taekwondo Negeri Perak.

Kejohanan taekwondo peringkat antarabangsa anjuran Persatuan Pelancongan Negeri Perak dan Persatuan Taekwondo Negeri Perak ini telah merancakkan lagi sambutan Tahun Melawat Perak 2024.

MBI amat menggalakkan badan-badan sukan dan NGO menganjurkan acara-acara sukan bertaraf antarabangsa dengan menggunakan fasiliti yang sediada bagi menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai "Sport's City".

Selain merancakkan aktiviti sukan, kejohanan ini juga dapat menyatupadukan wargakota yang berbilang bangsa.

Melalui sukan, bukan sahaja dapat mengamalkan budaya hidup yang sihat malah dapat memupuk disiplin diri serta menghormati satu sama lain.

Persatuan Taekwondo Negeri Perak telah melahirkan atlit-atlit yang mencapai kejayaan di kejohanan peringkat antarabangsa. Mereka secara tidak langsung juga telah mengharumkan nama negara dan memperkenalkan bandaraya Ipoh di persada dunia.

Kerajaan Negeri Perak serta agensi-agensi lain seperti Majlis Sukan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Pendidikan dan Tourism Perak telah mempertingkatkan "Sports Tourism" bersama badan-badan NGO sediada.

Majlis Bandaraya Ipoh akan senantiasa menentukan fasiliti-fasiliti sukan sediada berada dalam keadaan baik dan menepati piawaian yang ditetapkan.

Untuk makluman, Majlis Bandaraya Ipoh bersama kerajaan negeri akan memulakan kerja-kerja naiktaraf padang atau rumput di Stadium Perak. Apabila siap nanti, padang tersebut akan bertaraf tinggi.

Melalui sukan juga, dapat membantu mempromosikan Bandaraya Ipoh dan Negeri Perak di peta pelancongan dunia. Destinasi-destinasi pelancongan yang ada di sekitar Bandaraya Ipoh dan di kawasan-kawasan yang berdekatan akan dapat bergerak seiring ke arah mempromosikan pelancongan seperti yang dirancangkan.

Persatuan Pelancongan Negeri Perak diharap dapat bersama-sama membantu pengusaha-pengusaha dalam industri pelancongan seperti penginapan, produk pelancongan dan pengangkutan akan mempertingkatkan kualiti servis mereka bagi menerima kehadiran pelancong ke negeri Perak.

Semoga kejohanan taekwondo pada kali ini akan mencapai matlamat dan objektifnya agar kejayaan ini akan memberi semangat dan iltizam untuk menganjurkan kejohanan yang lebih besar dari ini.

448559119 849590007193521 5586789065024856957 N
448575003 849590237193498 132942776640505957 N
448575003 849590237193498 132942776640505957 N 1
448617981 849590357193486 1592960122941235325 N
448622312 849589820526873 7872289090710508536 N
448628308 849590053860183 2347127161147367676 N
448656157 849590193860169 6378017893719589625 N
448673556 849589837193538 3753444073846634838 N
448673585 849590260526829 8030407182924337060 N
448675684 849590090526846 6494188847251405492 N
448681311 849590403860148 4064961276159050819 N
448681365 849589883860200 3531519706586908147 N
448703994 849590223860166 5080725190513047953 N
448704809 849589807193541 6138861436755067358 N
448708552 849590107193511 70985271386813257 N
448715431 849590307193491 734727871175765820 N
448799686 849589950526860 2031215739879315606 N
448802313 849590390526816 7943282651672819880 N
448803818 849589877193534 1392738592338009539 N
448826462 849589857193536 8103351763379966775 N
448828936 849590020526853 2527459039256120364 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 16/07/2024 | Jumlah Pelawat : 5103324