Aktiviti & Berita

KEMPEN KEBERSIHAN DAN KESIHATAN PERSEKITARAN SEKOLAH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA IPOH TAHUN 2024

MAJLIS PERASMIAN KEMPEN KEBERSIHAN DAN KESIHATAN PERSEKITARAN SEKOLAH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA IPOH TAHUN 2024

26 September 2024- Tuan Haji Ahmad Munir Bin Ishak, Setiausaha Bandaraya telah merasmikan Kempen Kebersihan dan Kesihatan Persekitaran Sekolah Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh pagi tadi.

Tujuan penganjuran Kempen Kebersihan dan Kesihatan Persekitaran Sekolah Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh ini adalah untuk:-

i. Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan makanan di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Pelajar-pelajar ini perlu dididik untuk memilih makanan yang bersih serta berkhasiat demi keselamatan dan kesihatan diri;

ii. Meningkatkan kesedaran di kalangan pengusaha-pengusaha kantin supaya mematuhi syarat-syarat penyediaan makanan yang telah ditetapkan oleh Majlis. Pihak Majlis telah menetapkan syarat-syarat supaya semua pengendali makanan memakai apron, topi dan kasut serta mengamalkan teknik tanpa sentuh semasa mengendalikan makanan. Mereka juga dikehendaki dan menggunakan peralatan yang bersih untuk menyediakan makanan dan lain-lain lagi, tetapi arahan ini sering diabaikan oleh pengusaha dan pengendali makanan di kantin sekolah;

iii. Pengetahuan yang dimiliki oleh pengendali makanan di kantin sekolah dalam amalan keselamatan dan kebersihan makanan serta penekanan terhadap aspek kebersihan diri perlu dipertingkatkan. Untuk meningkatkan kebersihan premis atau tempat penyediaan makanan pengendali makanan perlu mempunyai ilmu yang khusus dan perkara ini perlu menjadi asas terhadap pengambilan sebagai petugas pengendali makanan. Melalui kempen ini maklumat tentang pengetahuan tersebut dihebahkan untuk disampaikan kepada pengusaha-pengusaha dan pengendali makanan.

Majlis juga turut mengadakan taklimat kebersihan ini bagi menekankan aspek pencegahan dan kawalan denggi serta persekitaran sekolah yang mana maklumat berkaitan aktiviti Unit Kawalan Vektor, Majlis Bandaraya Ipoh diketengahkan agar pihak sekolah bekerjasama dengan Majlis untuk menangani penularan kes denggi. Sehingga 14 September 2024 sebanyak 3,411 kes dengan 10 kematian telah dilaporkan berlaku di Kawasan Majlis Bandaraya Ipoh berbanding dengan 1,191 kes tiada kematian pada tahun 2023 untuk tempoh yang sama.

VISI Majlis Bandaraya Ipoh adalah Ipoh Bandar Wilayah Pintar Berteraskan Ekosistem Mampan Dan Bestari Sejahtera. Manakala Misi pula adalah Memperkasakan Pengurusan Bandar Secara Inklusif Ke Arah Bandar Raya Pintar, Rendah Karbon Menjelang 2030, Visi dan Misi MBI adalah selaras dengan Agenda Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation) untuk mencapai matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang berterusan ianya juga selaras dengan tema sambutan Kesihatan Persekitaran Sedunia tahun ini.

Adalah diharapkan sasaran untuk mencapai Misi Rendah Karbon 45% menjelang 2030 dapat dicapai dengan kerjasama semua pihak dan kita masih ada 6 tahun lagi untuk mengejar sasaran tersebut melalui aktiviti ekonomi kitaran seperti berikut :

a. Kutipan kitar semula kertas kadboard, tin aluminium dan botol plastik;

b. Kutipan e-waste iaitu pengumpulan sisa buangan peralatan elektronik seperti komputer,telefon bimbit, TV serta lain-lain peralatan elektrik;

c. Kutipan bungkusan kotak minuman (Tetrapak)

d. Kutipan kitar semula minyak masak terpakai

Sehingga kini pihak majlis telah mengitar semula 6,913 tan metrik bahan yang boleh kitar semula dengan pengurangan karbon 3,991 CO2 equivalent. Jumlah ini telah dikecapi melalui kerjasama rakan-rakan strategik ekonomi kitaran dan pelbagai pihak secara langsung dan tidak langsung.

Aktiviti ini adalah digalakkan untuk dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan dalam kalangan pelajar sekolah di semua sekolah dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh agar pelajar-pelajar dididik dan diberi pendedahan dengan budaya memelihara dan memulihara alam sekitar dari awal bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Ini akan mewujudkan kesedaran di kalangan para pelajar di sekolah tentang barang-barang kitar semula yang boleh ditukarkan kepada wang (trash for cash).

Semoga kempen ini akan menjadi titik tolak untuk mencapai hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera dan Perak Sejahtera menjelang 2030.

Pihak Urusetia Program ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada, Tuan Setiausaha Bandaraya, Tuan Haji Ahmad Munir, Puan Izlin Hani Binti Mohamad Mokhtar Penolong Pengarah HEM JPN Pk. Guru Besar SK Methodist (ACS) En. Sargunawaran A/L Manickam, Pegawai Jabatan Pedidikan Negeri, Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara, Puan Chang Siew Yee dari Pejabat Keishatan Daerah Kinta, Ts. Sahhir Kunju Bin Abdul Karim, Pengarah Bahagian Pengurusan 3R dari SWCorp, Pengarah - Pengarah Kanan, Ketua-Ketua Jabatan / Bahagian / Unit MBI, Rakan-rakan strategik Ekonomi Kitaran MBI, Guru Besar, PK HEM serta cikgu-cikgu semua sekolah di Daerah Kinta Utara, dan semua anggota Jabatan Kesihatan Persekitaran yang terlibat dalam menjayakan Majlis Perasmian KEMPEN KEBERSIHAN DAN KESIHATAN PERSEKITARAN SEKOLAH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA IPOH TAHUN 2024 pada 26 September 2024 bertempat di Dewan Horley, SK Methodist (ACS), Ipoh, Perak.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat kerana atas berkat usaha, kerjasama dan komitmen dari semua petugas dan wakil Jabatan telah dapat mengadakan kempen ini dengan jayanya.

Pihak urusetia program ini juga ingin memohon maaf atas sebarang kekilafan dan kesulitan sepanjang program ini dijalankan.

Pihak Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru SK Methodist (ACS) kerana memberi kerjasama yang terbaik sepanjang kempen ini berlangsung.

Diharap program dan kempen seperti ini diteruskan bagi menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera dan mencapai sasaran Perak Sejahtera menjelang 2030. Sekian, terima kasih.

IMG 20240926 WA0043
IMG 20240926 WA0044
IMG 20240926 WA0045
IMG 20240926 WA0046
IMG 20240926 WA0047
IMG 20240926 WA0048
IMG 20240926 WA0049
IMG 20240926 WA0050
IMG 20240926 WA0051
IMG 20240926 WA0052
IMG 20240926 WA0053
IMG 20240926 WA0054
IMG 20240926 WA0055
IMG 20240926 WA0056
IMG 20240926 WA0057
IMG 20240926 WA0058
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 16/04/2025.
  • Jumlah Pelawat 5630804