4 Julai 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Berhormat Tuan M. Kulasegaran V. Murugeson , Ahli Parlimen Ipoh Barat, di Pejabat Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dan wakil rakyat Parlimen dalam usaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan serta kesejahteraan penduduk kawasan Ipoh Barat.
Pelbagai isu dan cadangan telah dibincangkan, termasuk berkaitan pembangunan infrastruktur, kebersihan bandar, kemudahan awam, serta program kemasyarakatan yang berimpak tinggi kepada rakyat setempat.
Datuk Bandar Ipoh menzahirkan penghargaan atas keprihatinan YB Ahli Parlimen Ipoh Barat terhadap kepentingan rakyat dan menyambut baik sebarang bentuk kerjasama yang dapat memperkasakan pembangunan mampan dan inklusif di kawasan pentadbiran MBI.