Aktiviti & Berita

LAWATAN PENANDA ARAS ZON BEBAS KENDERAAN BANDAR HILIR, MELAKA

10 Januari 2025 - Seramai 35 anggota delegasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) iaitu merupakan urusetia teknikal Ipoh Low Carbon Day telah mengadakan lawatan penanda aras ke Zon Bebas Kenderaan, Bandar Hilir, Melaka.

Delegasi ini diketuai oleh Puan Hajjah Saidatul Akma binti Jamaludin, Pengarah Kanan Kewangan, bersama-sama Encik Zulkefli bin Osman, Ketua Penolong Pengarah Perancangan Bandar.

Lawatan ini bertujuan untuk meneliti amalan terbaik dalam pelaksanaan inisiatif zon bebas kenderaan, yang merupakan sebahagian daripada usaha strategik ke arah pembangunan mampan dan sokongan terhadap agenda rendah karbon di Ipoh.

Semasa sesi lawatan, delegasi diberi taklimat oleh Encik Mohamad Zulikhram bin Zulibrahim, Penolong Pengarah Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Taklimat tersebut meliputi aspek perancangan, pelaksanaan, dan keberkesanan zon bebas kenderaan dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk dan menjana ekonomi pelancongan bandar.

Lawatan ini diharap dapat menyediakan pandangan bernilai kepada MBI dalam merangka strategi dan inisiatif inovatif untuk pembangunan bandar yang mesra alam dan berdaya tahan di masa hadapan.

IMG 20250111 WA0035
IMG 20250111 WA0036
IMG 20250111 WA0037
IMG 20250111 WA0038
IMG 20250111 WA0039
IMG 20250111 WA0040
IMG 20250111 WA0041
IMG 20250111 WA0042
IMG 20250111 WA0043
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 25/04/2025.
  • Jumlah Pelawat 5636801