28 Januari 2024-Lebih 3000 pengunjung telah hadir memeriahkan Program Ipoh Low Carbon Day (ILCD) kali ke-67 pagi tadi.
Program Low Carbon Day pertama bagi tahun 2024 bertemakan Sambutan Tahun Baru 2024 ini adalah anjuran MBI manakala Majlis Pelancaran Logo & Bendera Kejohanan Teakwon-do Championship 2024 pula adalah Persatuan Pelancongan Perak dan Persatuan Taekwon-do Negeri Perak.
Seramai lebih 1,200 orang peserta Sukan Taekwon-Do dari 13 negara akan mengambil bahagian dalam temasya kejohanan sukan teakwon-do pada ni. Ia secara tidak langsung akan memperkenalkan Bandaraya Ipoh sebagai Bandaraya Sukan di persada antarabangsa.
Antara aktiviti yang diadakan adalah pertunjukan demonstrasi sukan teakwon-do, persembahan pancaragam dari SMJK Sam Tet Ipoh, berjogging, berbasikal, berjalan kaki, kasut roda, papan selaju (skateboard), senamrobik, pemeriksaan kesihatan, kempen kesedaran kesihatan, kempen kemanusiaan, kempen 3R, program hari bersama pelanggan, pameran dan permainan menguji minda untuk kanak-kanak.
Antara tetamu yang hadir adalah YBhg. Dato' Odzman bin Abd. Kadir, Presiden Persatuan Pelancongan Negeri Perak, Senior Master Najmi bin Abdullah, Presiden Malaysia Taekwon-Do Federation, Ahli Majlis MBI, Tuan Ahmad Munir Bin Ishak Setiausaha Bandaraya, Master Yong Kin Chong Pengerusi Persatuan Taekwon-Do Negeri Perak, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.
Penganjuran Kejohanan Perak Tourism International Invitation Taekwon-Do Championship 2024 oleh Persatuan Pelancongan Negeri Perak dan Persatuan Taekwon-Do Negeri Perak ini adalah bertepatan dengan kempen bagi mempromosikan Tahun Melawat Perak 2024.
Majlis pelancaran Logo & Bendera Kejohanan Teakwon-do yang disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh ini bertujuan untuk menggarap atau memupuk potensi anak-anak muda kita yang berbakat bagi menyediakan barisan pelapis bagi setiap jenis sukan termasuk sukan teakwon-do ini.
Dengan penganjuran acara ini akan memberi pendedahan sekali gus menarik minat generasi muda melibatkan diri dengan aktiviti riadah yang berfaedah.