9 November 2024 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dinobatkan sebagai johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA), Tahun 2024.
Kejayaan itu diperlolehi hasil usaha anggota MBI yang menyertai keseluruhan acara sukan yang dipertandingkan dan menyumbang mata dalam kejohanan yang diadakan dalam empat fasa.
MBI secara keseluruhan mendapat 58 mata mengetepikan saingan rapat yang berkongsi jumlah mata sama iaitu 52 mata.
Naib johan telah dimenangi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan di tempat ketiga menjadi milik Majlis Bandaraya Diraja Klang.
Hasil kejayaan itu MBI layak digelar johan keseluruhan Kejohanan MALA 2024 sekali gus membawa pulang hadiah berupa wang tunai, piala iringan dan piala pusingan.
Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor Menteri Besar Kedah, Kepada Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya merangkap Chef De Mission Kontinjen MBI, Encik A'zman bin Mohd Harun, Pengarah Kanan-Teknikal MBI merangkap Timbalan Chef De Mission Kontinjen MBI, dan Encik Abdul Halim bin Saad, Pengarah Kanan Pentadbiran dan Operasi MBI, pada
Majlis Penutup Kejohanan MALA yang diadakan di Alor Setar, Kedah.
Kejohanan MALA tahun ini melibatkan penyertaan sebanyak 70 Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia, dengan 13 acara sukan telah dipertandingkan.
Alor Setar Kedah, menjadi lokasi terakhir bagi penganjuran Kejohanan MALA edisi keempat, yang menyaksikan dua acara sukan dianjurkan iaitu bola sepak 9 sebelah dan bola jaring.
Dalam pertandingan tersebut MBI berjaya mendapat tempat keempat dalam pertandingan bola sepak 9 sebelah dan pasukan bola jaring telah layak ke peringkat suku akhir pada Kejohanan MALA yang berlangsung selama tiga hari itu.