Aktiviti & Berita

MAJLIS JASAMU DIKENANG PESARA MBI BAGI TAHUN 2023

7 Ogos 2024 - Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh hadir dalam Majlis Jasamu Dikenang 2023 MBI petang tadi.

Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Clr. Dato’ Haji Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Kanan dan ketua jabatan MBI.

Seramai 127 pesara terdiri daripada 92 bersara wajib, 23 bersara pilihan, 1 bersara sebab kesihatan dan 11 meninggal dunia telah diraikan dalam majlis tersebut.

Berucap pada majlis berkenaan Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh berkata, penganjuran program seumpama itu adalah sebagai apresiasi khas bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan para pesara MBI.

Tambah beliau lagi, sumbangan dan jasa bakti yang dicurahkan oleh insan-insan yang yang diraikan pada hari ini begitu bermakna, bukan sahaja kepada MBI, tetapi juga kepada perkhidmatan awam negara.

Beliau mewakili pengurusan MBI, mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada para pesara MBI dan wakil yang diraikan dan diharapkan kenangan berkhidmat di MBI kekal menjadi memori terindah buat semua yang dirai.

IMG 20240807 WA0046
IMG 20240807 WA0047
IMG 20240807 WA0048
IMG 20240807 WA0049
IMG 20240807 WA0050
IMG 20240807 WA0051
IMG 20240807 WA0052
IMG 20240807 WA0053
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 15/08/2024 | Jumlah Pelawat : 5103242