Ipoh, 9 Julai 2025 – Y.Bhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Surat Setuju Terima (SST) kepada 12 secara perolehan sebutharga bagi peserta yang terdiri daripada kontraktor dan pembekal pada petang tadi.
Dalam majlis tersebut, beliau turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan para penerima SST. Program ini bertujuan menghargai para kontraktor dan pembekal yang berjaya dalam proses perolehan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), di samping memberi peringatan agar kerja-kerja yang diberikan dapat dilaksanakan dengan cekap, mengikut jadual, dan menepati piawaian yang ditetapkan.
Datuk Bandar turut menasihatkan agar kontraktor dan pembekal yang berjaya tidak menyerahkan kerja kepada pihak ketiga (subkontraktor), sebaliknya melaksanakan kerja secara langsung bagi menjamin kualiti dan keberkesanan pelaksanaan projek.
Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Jabatan MBI.