12 Julai 2024 - Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M Peringkat MBI anjuran Jawatankuasa Kecil Agama Islam MBI telah diadakan pagi tadi bagi menyemarakkan lagi syiar Islam di Bandaraya Ipoh disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga MBI yang beragama Islam.
Ia telah dihadiri oleh Y.Bhg. Clr. Dato' Mazlan bin Abdul Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Clr. Encik Ahmad Fariq Walit bin Ahmad Puad, Ahli Majlis MBI merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Agama Islam MBI, Encik Ahmad Marzuki b. Abdul Aziz, Yang Dipertua PERKIP, AF Ustaz Syed Mohd Muzzaffar bin Syed Azlan, Imam Utama Masjid Sultan Azlan Shah selaku Penceramah Jemputan, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Kanan dan Ketua-Ketua Jabatan MBI.
Dalam ucapannya, Clr. Dato' Mazlan mengajak warga MBI dan wargakota Ipoh untuk memantapkan lagi perpaduan dan penyatuan, yang sememangnya amat relevan dengan kehendak dan tuntutan semasa serta terus memperkukuhkan lagi silaturahim demi membentuk ukhuwah Islamiah yang lebih teguh.
MBI melalui Jawatankuasa Kecil Agama Islam MBI akan terus memartabatkan syiar Islam melalui pelbagai program keagamaan yang akan terus diperkasakan.
Semoga Sambutan Maal Hijrah 1446H Peringkat MBI ini akan terus memperteguhkan tekad dan iltizam warga MBI dan wargakota Ipoh untuk menyemarakkan semangat Hijrah dan perubahan ke arah kebaikan dengan pengembelengan tenaga dan fikiran bersendikan akidah dan memperkukuhkan semangat ukhuwah.