Aktiviti & Berita

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1447H/2025M PERINGKAT MBI

Ipoh, 11 Julai 2025 – Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447H/2025M peringkat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah berlangsung dengan penuh kesyukuran dan keinsafan pada pagi ini, anjuran Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Agama Islam MBI. Penganjuran ini bertujuan menyemarakkan syiar Islam serta mengukuhkan silaturrahim dalam kalangan warga kerja MBI beragama Islam.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh; YBhg. Clr. Dato' Mazlan bin Abd Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI; Clr. Tuan Haji Azmy bin Mohamed Nazir, Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Agama Islam MBI; Encik Ahmad Marzuki bin Abdul Aziz, Yang Dipertua PERKIP; serta para Ahli Majlis dan Ketua-Ketua Jabatan MBI.

Majlis turut menampilkan ceramah khas bertajuk "Keluarga Digital Ummah Sejahtera" yang disampaikan oleh penceramah jemputan, AF Ustaz Tuan Syed Mohd Muzzaffar bin Syed Azlan, Imam Besar Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh. Ceramah tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live untuk manfaat lebih ramai warga kerja dan masyarakat umum.

Tema sambutan tahun ini, "Hijrah dan Kelestarian: Menyatukan Ummah, Memulihara Bumi", membawa mesej mendalam tentang keperluan untuk berhijrah ke arah kehidupan lebih lestari dan bersatu padu demi kemaslahatan umat dan alam sekitar.

Semoga sambutan ini memperkukuh tekad dan iltizam warga MBI serta warga Ipoh untuk terus berusaha melakukan perubahan positif yang berpaksikan akidah, sambil mempererat ukhuwah demi kesejahteraan ummah dan kelestarian bumi.

515435816 1122336266585559 3730891016145067000 N
515437189 1122336463252206 5087708995085108501 N
515437834 1122336346585551 9137609921276441145 N
515440632 1122336113252241 8115674264525380678 N
515441324 1122336363252216 417601800775605418 N
518270310 1122336076585578 9078582982972354900 N
518271063 1122336246585561 4155061619247108506 N
518272675 1122336089918910 5874044344597353215 N
518273629 1122336023252250 1831078383007113640 N
518274590 1122336056585580 6469772347802426782 N
518274622 1122336409918878 1229580826065821612 N
518275030 1122336183252234 5230241888105621908 N
518276208 1122336059918913 5701417880576913977 N
518276734 1122336293252223 5631084871637515093 N
518436048 1122336476585538 804993636693315168 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 22/07/2025.
  • Jumlah Pelawat 5815589