Aktiviti & Berita

MBI JOHAN PAKAIAN TERBAIK & NAIB JOHAN KAWAD HARI KEBANGSAAN NEGERI PERAK 2024

31 Ogos 2024 - Kontinjen MBI diumumkan Johan Pakaian Terbaik dan Naib Johan Kawad Kategori Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun, Swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tengahari tadi.

Penampilan dengan pakaian Pahlawan Melayu berkonsepkan slogan ' Malaysia Madani:Jiwa Merdeka' yang segak dan gagah perkasa melalui penggunaan warna-warna Jalur Gemilang yang kreatif diaplikasikan dalam rekabentuk pakaian Pasukan Kawad Majlis Bandaraya Ipoh pada penampilan kali ini, ternyata memikat para juri.

Busana ini hasil rekaan Puan Faridah binti Abdul Aziz dari Jabatan Perancangan Korporat MBI.

Kontinjen MBI ini yang terdiri daripada 5 orang pegawai dan 55 orang peserta kawad daripada pelbagai jabatan telah memulakan latihan sejak 1 Ogos 2024.

Kejayaan merangkul kemenangan itu merupakan antara pencapaian terbaik MBI dalam perarakan dan perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak.

Ia juga adalah hasil bimbingan Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dan Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya.

Kemenangan itu telah menyaksikan kontinjen MBI membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 (naib johan kawad terbaik) dan RM5000 (pakaian terbaik) serta sijil yang disampaikan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

IMG 20240831 WA0059
IMG 20240831 WA0060
IMG 20240831 WA0061
IMG 20240831 WA0062
IMG 20240831 WA0063
IMG 20240831 WA0064
IMG 20240831 WA0065
IMG 20240831 WA0066
IMG 20240831 WA0067
IMG 20240831 WA0068
IMG 20240831 WA0069
IMG 20240831 WA0070
IMG 20240831 WA0071
IMG 20240831 WA0072
IMG 20240831 WA0073
IMG 20240831 WA0074
IMG 20240831 WA0075
IMG 20240831 WA0076
IMG 20240831 WA0077
IMG 20240831 WA0078
IMG 20240831 WA0079
IMG 20240831 WA0080
IMG 20240831 WA0081
IMG 20240831 WA0082
IMG 20240831 WA0083
IMG 20240831 WA0084
IMG 20240831 WA0085
IMG 20240831 WA0086
IMG 20240831 WA0087
IMG 20240831 WA0088
IMG 20240831 WA0089
IMG 20240831 WA0090
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 16/04/2025.
  • Jumlah Pelawat 5630778