Aktiviti & Berita

MBI RANGKUL JOHAN DALAM PERTANDINGAN INOVASI MALA 3.0 PIALA YB MENTERI KPKT 2024-2025

25 April 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melakar sejarah apabila inovasi fin@syariah (Sistem Pengurusan Kewangan Patuh Syariah) telah dinobatkan sebagai Johan bagi Pertandingan Inovasi MALA 3.0 Piala YB Menteri KPKT 2024-2025.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan MBI menerima geran BP1 bernilai RM1.2 Juta, piala iringan, wang tunai RM4,000 dan sijil penyertaan.

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Y.Bhg Dato' Haji Abd. Hamid bin Hussain, Datuk Bandar Majlis Bandaraya DiRaja Klang merangkap Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) kepada Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya dan En. Mohd Syazlan bin Mohd Isa Suffian, Pengarah Perbendaharaan MBI merangkap ketua kumpulan finQ pada Majlis Jamuan Makan Malam Aidilfitri MALA 2025 di Dewan Kenanga, Menara Majlis Bandaraya Johor Bharu malam tadi.

Inovasi fin@syariah ini dibangunkan untuk memfokuskan sistem pengurusan hal ehwal kewangan secara menyeluruh, ia berfungsi untuk memproses pengasingan pendapatan dan pengelasan aktiviti perniagaan tidak patuh syariah serta menjana pelaporan secara automatik.

Selain daripada itu, dalam Pertandingan Inovasi MALA 3.0 ini juga, MBI turut meraih tempat ke-9 melalui inovasi SPLiT (Sistem Pengurusan Lalulintas Pintar) yang membawa pulang geran BP1 bernilai RM35,000, piala iringan, wang tunai RM500 dan sijil penyertaan.

Pertandingan inovasi ini memperlihatkan penyertaan sebanyak 67 projek inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil bahagian untuk mempamerkan hasil inovasi dalam usaha meningkatkan tahap perkhidmatan yang lebih efisien.

Pihak pengurusan MBI merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pihak memberikan komitmen dan kerjasama berpasukan sehingga MBI mendapat kemenangan itu.

Semoga kejayaan ini akan membantu MBI merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh Bandar Raya Bestari Sejahtera 2030.

492434886 1066408638844989 1114265152714485740 N
492515192 1066408668844986 6137770884468290506 N
492543653 1066408782178308 6691043479137356225 N
492729143 1066408565511663 3321637013877666713 N
492756470 1066408618844991 3384258111837996933 N
493246805 1066408745511645 8401924403426029257 N
493517610 1066408882178298 8703004188560277295 N
493681727 1066408812178305 7896305708085224746 N
493735633 1066408702178316 7719047576608227073 N
493739891 1066408675511652 391899802655712364 N
493740946 1066408752178311 6010355985191916237 N
493927444 1066408822178304 111465945654215071 N
493928182 1066408722178314 5729388842568194015 N
493951930 1066408792178307 1410137337286295662 N
493956651 1066408625511657 2139403329656363481 N
493976275 1066408855511634 5638592308919198803 N
494020158 1066408845511635 3839908732535603792 N
494110869 1066408585511661 5615065515118051307 N
494178925 1066408652178321 431199234394922180 N
494195143 1066408875511632 3160746858130672891 N

mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 30/04/2025.
  • Jumlah Pelawat 5642698