Aktiviti & Berita

PASUKAN AKADEMI WIRA MUDA DAN SMK MUTIARA IMPIAN DARI PULAU PINANG JUARAI PESTABOLA BANDAR RAYA PIALA DATUK BANDAR IPOH 2024

15 September 2024-Sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh ke-36, satu pertandingan bola sepak iaitu Pestabola Bandar Raya Piala Datuk Bandar Ipoh 2024 (Bawah 12 tahun & Bawah 13 tahun) telah dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Bagi kategori bawah 12 tahun, Pasukan Akademi Wira Muda dari Pulau Pinang muncul juara setelah menewaskan pasukan Anak Rimau Taiping dalam perlawanan akhir dengan keputusan 6-5 melalui sepakan penalti selepas terikat kedudukan 1-1 dalam masa sebenar.

Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang menarik dengan berbalas-balas serangan namun ternyata nasib lebih menyebelahi pasukan Akademi Wira Muda dengan memenangi perlawanan melalui sepakan penalti.

Bagi kategori bawah 13 tahun pula, pasukan SMK Mutiara Impian yang juga Sekolah Sukan Negeri Pulau Pinang memastikan wakil dari negeri Pulau Pinang mengungguli pertandingan ini apabila berjaya menewaskan pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil dengan jaringan 1-0.

Johan kategori bawah 12 tahun menerima hadiah wang tunai RM 3000.00, medal serta Piala Iringan. Manakala johan kategori bawah 13 tahun pula menerima wang tunai RM 2000.00, medal dan piala iringan.

Bagi pasukan tuan rumah pula, MBI SC Dream perjalanan tersekat di peringkat suku akhir setelah tewas menerusi sepakan penalti 3-4 kepada pasukan juara Akademi Wira Muda walaupun pada satu ketika sudah mendahului perlawanan dan dikecewakan dengan jaringan minit akhir perlawanan dengan kedudukan 1-1 dan mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti. Satu lagi pasukan tuan rumah MBI SC Future turut berjaya menempatkan diri dalam kalangan 16 pasukan terbaik dari 32 pasukan keseluruhan dalam kategori bawah 12 tahun.

Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Y.Bhg. Clr. Dato Mazlan bin Abd. Rahman dan Ahli Majlis MBI, Clr. Tuan Zakaria bin Mohamad telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Pertandingan Pestabola Bandaraya Piala Datuk Bandar Ipoh2024 ini merupakan edisi ke-2 dan akan diteruskan pada tahun hadapan dengan pihak Majlis bercadang untuk meluaskan penyertaan ke peringkat antarabangsa.

IMG 20240918 WA0016
IMG 20240918 WA0017
IMG 20240918 WA0018
IMG 20240918 WA0019
IMG 20240918 WA0020
IMG 20240918 WA0021
IMG 20240918 WA0022
IMG 20240918 WA0023
IMG 20240918 WA0024
IMG 20240918 WA0025
IMG 20240918 WA0026
IMG 20240918 WA0027
IMG 20240918 WA0028
IMG 20240918 WA0029
IMG 20240918 WA0030
IMG 20240918 WA0031
IMG 20240918 WA0032



mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/05/2025.
  • Jumlah Pelawat 5672322