IPOH - Sabtu, 13 Julai 2024 - Majlis Bandaraya Ipoh mengagihkan sebanyak 1,057 unit tong sampah (120 liter) secara percuma di 5 lokasi iaitu KG. Tersusun Bercham 2, Taman Restu Jaya, Anjung Bercham Indah, Taman Bercham Maju & Taman Mujur dan pelancaran program telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, YB En. Ong Boon Piow dengan diiringi Ybhg. Clr. En. Ng Haen Vee, (Ahli Majlis Zon 11) dan Ybhg. Clr. en. Ramesh A/l Subramaniam, (Ahli Majlis Zon 10) melalui Program Pembudayaan Amalan Penggunaan Tong Sampah di Kalangan Warga Ipoh.