17 Mei 2024 - Tuan Ahmad Munir Bin Ishak, Setiausaha Bandaraya telah menyempurnakan Program Penyerahan Banner Jualan Murah Sempena Ulang Tahun Hari Bandaraya Ipoh Ke - 36 di 5 Pasaraya sekitar kawasan Pentadbiran Majlis iaitu Lotus’s Ipoh Garden, Aeon Kinta City, Econsave Angsana Mall, The Store Jalan Kampar dan Aeon Big Falim.
Ia turut dihadiri oleh Encik Lee Soon Gum, Pengarah Pelesenan serta pegawai dan anggota dari Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MBI.
Jualan Murah ini bakal berlangsung pada 25, 26 dan 27 Mei 2024. Selain daripada 5 pasaraya tersebut ia turut melibatkan Pasaraya Mydin, TF Value Mart dan Billion Shopping Centre.
Wargakota Ipoh dipohon agar tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi pasaraya berdekatan anda bagi menikmati tawaran dan diskaun hebat yang ditawarkan sempena Sambutan Hari Bandaraya Ipoh ini.