7 September 2024 - Y.Bhg. Datin Siti Faeza Binti Mohd Noor Timbalan Pengerusi II, Puspanita Negeri Perak merangkap Pengerusi Puspanita Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menghadiri Program Persembahan Nyanyian Lagu Patriotik Kemerdekaan, Pertandingan Mewarna dan Pakaian Beragam Kanak-Kanak Sempena Bulan Kemerdekaan 2024 anjuran Biro Sosial dan Kebudayaan Negeri Perak pagi tadi.