Aktiviti & Berita

SESI TOWNHALL CADANGAN PEMBINAAN LAMPU DAN JALAN SEHALA DI JALAN PERAJURIT DAN SEKITARNYA, TAMAN PERAK

14 Ogos 2024 - Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya hadir dalam Sesi Townhall Cadangan Pembinaan Lampu Dan Jalan Sehala Di Jalan Perajurit Dan Sekitarnya, Taman Perak pagi tadi.

Hadir sama pada program berkenaan, YB Jenny Choy Tsi Jen, ADUN Canning, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, YB Howard Lee Chuan How Ahli Parlimen Ipoh Timur dan Tuan A'zman bin Mohd Harun, Pengarah Kanan-Teknikal MBI.

Kira-kira 40 orang penduduk hadir dalam sesi townhall berkenaan.

Menerusi townhall ini, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah memaklumkan berkenaan inisiatif yang ingin dilaksanakan iaitu pemasangan lampu isyarat di Jalan Perajurit dan seterusnya mencadangkan untuk membina jalan sehala di Off Jalan Perajurit, Sebahagian Lebuh 2, Lintasan Perajurit 6 dan Persiaran Perajurit 6, Taman Perak.

Cadangan perlaksanaan ini dibuat kerana MBI telah menerima aduan berkenaan isu kemalangan di persimpangan Jalan Perajurit ini.

Terdapat kesukaran kenderaan untuk masuk dan keluar dari kawasan perumahan di persimpangan tersebut serta terdapat kesesakan lalulintas pada waktu kemuncak.

Selain itu, MBI turut menerima rungutan akibat kekurangan parkir di kawasan rumah kedai berhampiran.

Melalui cadangan penyelarasan lalulintas ini, diharap kejadian kemalangan dapat dikurangkan serta memastikan keselesaan serta keselamatan pengguna jalan raya berkenaan dapat dipertingkatkan. Selain itu, tambahan 50 unit petak pakir lagi akan diwujudkan di kawasan sediaada.

IMG 20240814 WA0036
IMG 20240814 WA0037
IMG 20240814 WA0038
IMG 20240814 WA0039
IMG 20240814 WA0040
IMG 20240814 WA0041
IMG 20240814 WA0042
IMG 20240814 WA0043
IMG 20240814 WA0044
IMG 20240814 WA0045
IMG 20240814 WA0046
IMG 20240814 WA0047
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 15/08/2024 | Jumlah Pelawat : 5103242