8 Ogos 2024 - Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya mengetuai delegasi Majlis Bandaraya Ipoh mengadakan lawatan penandaarasan ke Majlis Perbandaran Alor Gajah.
Lawatan tersebut bertujuan untuk mengadakan perkongsian pintar berkaitan Sistem Aduan Awam Bersepadu (SAAB) yang telah digunapakai oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah.
Taklimat berkaitan sistem berkenaan telah disampaikan oleh Puan Radzyma binti Mahat, Setiausaha Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Encik Mohd Bukhari bin Baharuddin, Pengarah Jabatan Korporat & Khidmat Masyarakat, Majlis Perbandaran Alor Gajah.
Semoga lawatan tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan di antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Majlis Perbandaran Alor Gajah.