1 Mac 2025 - Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin @ Md Daud turut serta dalam Walkabout Program Semarak Ramadan Dan Sambutan Ke-40 Tahun Pasar Tani Peringkat Negeri Perak.
Yang Berhormat Dato’ Mohd Zolkafly bin Harun Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan telah melancarkan Majlis Program Semarak Ramadan Dan Sambutan Ke-40 Tahun Pasar Tani Peringkat Negeri Perak.
Program ini bertujuan untuk menyokong usahawan tempatan dengan menyediakan ruang pasaran bagi produk mereka serta mempromosikan Pasar Tani sebagai pusat pemasaran produk pertanian setempat.