4 Mac 2025 - YB Puan Sandrea Ng, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak telah merasmikan Bazar Ramadan Perkarangan Stadium Perak petang tadi.
Sempena perasmian bazar berkenaan, beliau telah menyerahkan apron dan topi kepada peniaga dan mangkuk tingkat kepada pengunjung Bazar Ramadan tersebut.
Beliau juga turut beramah mesra bersama pengunjung dan peniaga Bazar Ramadan berkenaan.
Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg Dato’ Rumaizi Bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh,Y.Bhg. Clr. Dato' Mazlan bin Abd. Rahman, Clr. Wong Kar Keat, Ketua WHIP AhliMajlis MBI, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya dan Ketua Jabatan MBI.