Aktiviti & Berita

’LANDSKAP BERKUALITI MALAYSIA MADANI’ INSPIRASI SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2023 (HLN 2023)

IPOH, 11 MAC 2023 – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah menyempurnakan Sambutan Hari Landskap Negara 2023 (HLN2023) yang berlangsung di Taman D.R. Seenivasagam, Ipoh, Perak pada pagi ini. Majlis turut dihadiri oleh YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan; YB Tuan Sivakumar A/L Varatharaju Naidu, Menteri Sumber Manusia; YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan; YB Datuk Dr. Penguang anak Manggil, Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak; YB Sandrea Ng Shy Ching, EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan; YBhg. Datuk M Noor Azman Bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan; Tuan Roslee Bin Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara; serta Pengurusan Tertinggi KPKT dan Ketua Jabatan peringkat negeri dan daerah.

Penganjuran HLN 2023 adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan apresiasi terhadap landskap selain menyebarluas kepentingan landskap melalui program pembangunan landskap yang komprehensif. Ia juga merupaka usaha bagi mencapai wawasan Negara Taman Terindah seiring Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan Dasar Landskap Negara.

Bertemakan “Landskap Berkualiti Malaysia MADANI”, pembudayaan landskap perbandaran yang berkualiti dalam kalangan masyarakat bagi membentuk sebuah komuniti Malaysia yang progresif dan sejahtera seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI. Aspirasi ini mampu dicapai melalui peranan dan sumbangan besar landskap dalam aspek kemampanan sosial, kesihatan, kualiti hidup, kesejahteraan mental dan fizikal, estetika, ekonomi, serta persekitaran.

Dalam majlis tersebut, YAB Perdana Menteri juga telah menggariskan lima (5) strategi ke arah mewujudkan “Landskap Berkualiti Malaysia MADANI” iaitu;
i) Memantap dan mendaya-majukan sistem rangkaian landskap yang berkualiti di Malaysia supaya dapat dimanfaatkan secara komprehensif;
ii) Perlindungan kepada sumber landskap semulajadi dan aset-aset landskap bernilai tinggi;
iii) Penjanaan nilai ekonomi industri landskap;
iv) Memperkemas kualiti perkhidmatan landskap; dan
v) Menjadikan landskap, taman dan ruang hijau sebagai wadah perpaduan.

YB Tuan Nga Kor Ming berkata, ”Ciri-ciri landskap yang menarik dan mempunyai identiti dan keunikan budaya merupakan faktor utama dalam mewujudkan ’sense of pride’ dalam kemajuan sesebuah bangsa. Pembangunan yang merangkumi elemen sumber landskap semula jadi khususnya di kawasan bandar yang pesat menjadi medium yang ideal dalam pembangunan sesebuah negara. Persekitaran hijau di kawasan perbandaran juga berfungsi sebagai kawasan rekreasi dan integrasi sosial dalam melahirkan rakyat yang muhibbah, harmoni, bersatu padu dan sihat sejahtera.
 
Selari dengan hasrat memastikan keberhasilan landskap yang berkualiti, ia perlu disokong oleh industri landskap yang pelbagai dan berdaya saing selaras dengan aspirasi kerajaan untuk membantu usaha penyeragaman, pengawalan dan pengwujudan kualiti landskap yang setaraf antarabangsa. Penyediaan khidmat sokongan bagi pembangunan industri landskap ini akan memberi peluang kepada pengusaha dan penggiat industri landskap meningkatkan kemahiran dan pengeluaran yang bermutu.

Dalam majlis sama, Anugerah Rosa-Sinensis turut diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jabatan/agensi kerajaan dan pemaju yang telah menunjukkan komitmen berterusan untuk memastikan taman awam dan kawasan hijau yang dibangunkan memberi impak yang positif kepada komuniti, alam sekitar perbandaran dan biodiversiti bandar. Anugerah ini merupakan satu inisiatif penarafan kepada taman awam dan kawasan hijau yang dirancang, dibangun dan diurus secara komprehensif yang memenuhi fungsi pembangunannya. Perlaksanaan anugerah Rosa-Sinensis ini akan menggalakkan semua pihak yang berkepentingan iaitu PBT, pemaju, pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti bekerjasama bagi mencapai matlamat penyediaan taman awam dan kawasan hijau yang berkualiti.

Sambutan Hari Landskap Negara 2023 ini turut dimeriahkan dengan penglibatan seramai 31 buah pameran berfokuskan landskap dan 14 Laman Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak. Selain itu, HLN 2023 turut menyediakan pelbagai gerai dan reruai daripada pengusaha nurseri, pembekal bahan landskap, kontraktor, Persatuan Nurseri, Persatuan Kontraktor, Persatuan Alatan Permainan, Persatuan Arkitek Landskap Malaysia, Persatuan Arborist, agensi kerajaan dan swasta serta golongan profesional dalam bidang landskap.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan HLN 2023, para pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti dan program kepada penggiat bidang landskap seperti Bengkel Buluh, Green Urban Forum (GUF), Art Latte Showcase / Art Latte Demo, Space & Spark Outdoor, Program dan Pameran Go Green, Wayang Pacak, Pertandingan Gubahan Bunga, Pertandingan Mewarna, DJ Corner, Persembahan Busker, Senamrobik, Fun Walk, Sukan Rakyat, Soccerkids, dan lain-lain.

Pelaksanaan strategi dan usaha oleh Jabatan Landskap Negara (JLN) dan KPKT dalam memupuk kesedaran dan penghargaan terhadap landskap dan alam sekitar ini perlu mendapat sokongan padu yang berterusan daripada masyarakat dan pihak berkepentingan.

335104811 880675566346786 602254247205335284 N
335313303 1288012735082228 3901142552479076120 N
335429857 130486836628799 6117530406467528648 N
335444656 132932843046699 5569946493342744044 N
335466975 248796727478206 487495205734030058 N
335468690 534573778781222 756030224317512002 N
335592977 1369170467192354 3791200270659709013 N
335891380 937799307390054 4148678356679105502 N
335940433 2254919164687414 3060540896114531253 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 25/04/2025.
  • Jumlah Pelawat 5637363